Isnin, 22 Februari 2010

Berubahlah wahai insani..



Lagu ini berkisar kepada manusia yang mudah berubah. Berpagi menjadi seorang mukmin dan bila sampainya petang menjadi kufur. Terkadang ingin membuat bakti dan pada waktu yang lain mengamalkan dosa.Video ini mempunyai 1001 makna tentang sikap manusia....harap sahabat2 sekalian yang lihat video ini dapat memberikan kita pengajaran & Moga Allah memimpin kita ke JalanNya yang diredhoi & membuka pintu hati buat kita semua...

Ya Allah!.....
Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi...

Kita Miskin Cinta dan Kasih Sayang..

Masyarakat kini miskin cinta. Cinta mereka hanya terbatas pada orang, kaum dan benda tertentu. Bila disebut pemuda, maka dia semestinya seorang yang akan mencintai gadis. Bila disebut orang kaya, dia perlu mencintai harta. Maka setiap haluan hidup di tujukan pada yang tercinta. Bila kasih sayang 100% untuk kekasihnya, hartanya, dan jawatannya, orang lain tidak lagi penting dalam hidup.















Cintailah semua orang, kerana cinta itu tidak terhad..
Bila saja berhadapan dengan orang yang dicintai, orang lain dilihatnya seperti batu dan tunggul. Bila diminta pertolongan, sedikit pun tidak diendahkan. Namun untuk terjun ke lautan api bagi membuktikan cinta pada kekasihnya sanggup diredahi . Lalu bagaimana sikap tolong menolong, kasih mengasihi terhadap sadara-saudara yang lain dapat diamalkan jika segala perbuatan baik hanya untuk orang tertentu dan hanya di dasari oleh material semata-mata. Kerana itu manusia kini miskin cinta. Cinta itu terhad untuk harta, jawatan, wanita, dan kaum kerabat.

Kisah peperangan di Negara jiran tidak dihiraukan kerana; cinta hanya terhadap Negara sendiri dan semangat perkauman yang menebal. Perompak berjaya melarikan beg tangan seorang mak cik dan kita melihat dari jauh kerana; itu bukan makcik kita atau wajah mak cik itu tidak seiras Siti Nurhaliza.

Ingatlah ketika jenazah kita disuatu hari nanti hendak dikebumikan. Siapa yang membantu. Saudara kita yang tidak pernah kita kasihi di dunia dahulu yang menurunkan kita ke liang lahad. Dahulu kita sibuk menghabiskan masa dengan mengira nilai wang emas, sibuk dengan kekasih dari awal pagi hingga malam. Lalu, dimanakah benda yang kita cintai itu pada waktu ini. Pangkat yang kita cintai kini dijawat orang lain. Harta yang diusahakan siang dan malam kini menjadi warisan untuk anak-anak.

Ingatlah Allah tidak pernah membataskan sifat arRahmanya pada manusia tertentu. Nabi saw juga tidak datang hanya untuk sebuah kaum atau bangsa sahaja. Maka bersahabatlah dan sebarkanlah silatarrahim kepada semua manusia. Jangan kerana cinta harta, pangkat, dan kekasih, kita tidak berpeluang untuk mencintai yang lainnya.

Ahad, 21 Februari 2010

HidOp BaRu???!!!.......











Penyesalan dan kekecewaan seseorang terhadap masa hidup yang telah disia-siakan selalu membawa diri kepada sebuah titik perhentian. Malangnya, titik tersebut kadang kala tidak pun membantu, kerana acap kali, memori, suasana, keadaan atau teman-teman lama, hadir dengan tiba-tiba dan tanpa menghargai pendirian dan prinsip baru tuan punya diri, mereka (suasana, memori, keadaan, teman-teman lama) sewenang-wenangnya menarik dengan paksa ke dalam lembah hitam lama yang baru sahaja cuba dipisahkan dari dirinya. Apa yang terjadi, titik perhentian yang seharusnya menjadi pemisah antara kenangan silam yang kelam dan cita cerah yang terang tidak kunjung hadir. Tidak timbul-timbul juga tidak muncul-muncul. Apa yang pada mulanya sudah diniatkan sebagai silam yang kelam untuk dikenang, berulang lagi, selepas sekali, sekali lagi. Akhirnya tuan punya diri menyerah dan berkata, “Bukan aku tak mahu berubah! Aku dah cuba. Tapi tak boleh!” Silam yang mengikat. Begitu kejam.

Ramai yang hati kecil mereka membisikkan seruan perubahan, anjakkan paradigma, atau pembaharuan. Tapi kerana semua itu memerlukan perjuangan maka ramai yang tidak melayani bisikan hati kecil mereka. Malangnya lagi, mereka memaksa diri mereka untuk rela berada di keadaan yang sedang mereka berada walaupun keadaan itu teramat pahit.

Mungkin itulah sebab para pakar psikologis mula menggunakan istilah “New Life” atau “Hidup Baru” sebagai istilah pembantu bagi memotivasikan seseorang untuk berubah. Dalam sejarah Islam agenda perubahan yang dilaksanakan secara besar-besaran terjadi dalam sebuah peristiwa agung yang kita kenal dengan “HIJRAH” yang bermakna “pindah”.

Hijrah atau istilah yang lebih keren “New Life” memberikan satu suntikkan makna dan nilai akan pemisah antara silam dan sekarang. Hijrah seperti yang tercatat di dalam buku sejarah merupakan usaha Rasulullah SAW bersama muslimin meninggalkan silam yang kelam di Mekah, dan mula menyusun ketamadunan Islam yang pada saat itu ‘generasi unggul itu’ harapkan menjadi suatu yang terang. Ya, mereka tidak tahu apakah perubahan itu akan berjaya dan membawa kebaikan atau pun tidak. Tetapi dengan segala keyakinan dan harapan mereka berusaha menuju perubahan.

BAGAIMANA MEMULAKAN HIDUP BARU?

Soalan ini sering diajukan kepada saya. Biasanya jawapan saya akan begini :

Ada dua cara, 1. Perubahan secara perlahan dan bertahap. Berubah menggunakan cara ini sebenarnya memerlukan perjuangan yang dahsyat. Kerana dia perlu usaha yang berterusan, konsisten sambil melayani segala macam dan bentuk halangan yang hadir. Kelebihan cara ini, ia tidak memeranjatkan diri dan tidak memaksa diri untuk cope sehingga perubahan itu bergerak seakan-akan secara mulus. Berubah cara ini adalah merbahaya jika sang tuan punya diri, belum mempunyai fahaman yang mantap dan keteguhan yang jitu kerana ruang dan jarak masa mungkin digunakan oleh suasana, memori atau kawan lama untuk mengheret sang tuan punya diri ke silamnya yang kelam.

Cara ke2. Perubahan secara langsung. Perubahan ini dilakukan secara drastis tanpa mengulur waktu lama. Tekad telah bulat. Perubahan yang diinginkan merupakan muktamad. Maka, tanpa peduli akan kesan sampingan dan perkara berbangkit ia dilaksanakan. Biasanya, perubahan cara ini, sering kita temukan dalam diri mereka yang tegas dan memiliki watak keperibadian yang kukuh (firm). Tentunya, perubahan cara ini juga memberi ketegangan tidak hanya kepada tuan punya diri, tapi juga kepada mereka yang berada di sekelilingnya. Kelebihan cara ini adalah proses perubahan itu tidak meleret-leret dan peratusan gagal berubah itu rendah. Bahkan, sebelum keputusan untuk berubah diambil, secara batin dan mungkin juga zahir telah ada sebuah kesediaan untuk hadapi segala apa resiko. Kesan negatifnya, tentu berkait dengan sekeliling. Keterkejutan (shock) yang bakal dihadapi dan sebagainya.

Selain dari kedua cara perubahan ini, mungkin masih ada cara-cara lain yang tidak akan dibahas di dalam tulisan ini.

Antara kedua cara ini, mana yang lebih baik?

Persoalannya bukan mana yang lebih baik, tapi mana satu yang lebih sesuai. Sesuai dengan diri dan sesuai dengan bentuk perubahan. Seorang yang ingin berubah dari seorang perokok menjadi seorang yang tidak merokok boleh melihat watak seperti apakah dirinya. Bolehkah cara bertahap memberhentikan rokok digunapakai atau cara itu malah akan menjadi penghambat proses memberhentikan rokok? Bagaimana pula dengan cara berhenti secara langsung? Akankah ia memberi kesan sampingan seperti pening kepala dan kemurungan?

Pengetahuan tentang diri sendiri adalah penting. Ia adalah syarat utama dalam usaha mendapatkan hasil yang positif. Hal yang sama bila perubahan yang berbentuk sahsiah diri. Isu pakaian umpamanya. Seorang mungkin selesa dengan perubahan yang bertahap. Bermula dengan selendang, bila dah lama dan selesa baru tukar guna tudung nampak jambul, tahap berikutnya tudung tiga segi hinggalah pada akhirnya tutup secara sempurna hinggalah menutupi bahagian bawah dada dan anggota-anggota lainnya. Ada pula golongan yang sibuk mengkaji dan mengumbul alasan dan hujjah. Sehinggalah tiba saat dia betul-betul bersedia dia terus berubah dari seorang yang tidak bertudung menjadi seorang yang bertudung malah berpurdah dan bersarung tangan.

Selain dari perihal cara, apa yang turut perlu diperhatikan adalah faktor-faktor lain yang mendukung perubahan tersebut.

Ketika Mekah tidak lagi releven dari segi tempat, dari segi suasana, dari segi penduduk dan segi-segi lain perintah Hijrah diturunkan. Hijrah dari Mekah ke Yastrib atau Madinah adalah sebuah pertukaran tempat, pembaharuan suasana, penempatan manusia-manusia bersih yang mana segalanya ini menjadi faktor kepada perubahan mahadahsyat yang berlaku setelah peristiwa Hijrah itu sendiri.

Maka disini amat jelas, kesungguhan meniti perubahan bukan sekedar cakap-cakap, atau bisikan hati, sehingga cara yang dipilih adalah cara yang bertahap, lalu dengan memberi alasan itu ini melepaskan diri dari pertanggunganjawab akan perubahan yang dulu pernah dikatakan tapi tidak dikotakan. Tetapi disini jelas dalam meniti perubahan segala detail yang kecil sekali pun menjadi perhatian hinggalah isu pembentukan suasana, penyediaan sarana, pemilihan kawan, pengumpulan hujah, pensistematikan tindakkan dan segalanya masuk dalam agenda pelaksanaan.

Contoh yang mungkin membantu memahami perenggan diatas; Seseorang ada silam yang kelam dengan si A. Namun si A mempunyai tempat yang istimewa dihatinya. Perubahan seringkali gagal dikeranakan sejarah silam berkaitan dengan si A yang terus menerus menteror dan menghantui. Tuan punya diri ketika di dalam keadaan ini perlu studi. Dia perlu tahu maklumat lengkap akan perubahan yang ingin di capai dan segala faktor yang mendukung. Jika melupuskan semua yang berkait dengan si A adalah sebuah penyelesaian maka tindakkan itu adalah yang paling relevan dilakukan.

Past vs Future

Lampau dan akan datang tidak mungkin akan bertemu. Yang lampau tidak akan berulang. Matahari yang terbit setiap pagi memang matahari yang sama. Tapi putaran bumi di atas paksinya adalah putaran ke berapa? dan putaran bumi mengelilingi matahari merupakan putaran yang ke berapa pula? Dalam erti kata lain, apa yang terjadi tidak pernah akan kembali. Setiap detik, minit, jam, hari, yang kita terus menerus lalui ini memang tidak pernah akan kembali.

Apa yang sudah terjadi tak dapat di undo. Maka apa yang berlalu bukan lagi suatu yang perlu dikesali sahaja. Kerana sekedar penyesalan memang tiada guna. Akan datang pula, suatu yang mungkin ada, atau mungkin tiada. Maka yang benar-benar milik kita adalah apa yang kita punya saat ini.

Oleh kerana yang akan datang belum pasti, sedangkan yang telah lalu pula tidak akan kembali. Maka, peluang untuk memperbaiki keadaan adalah untuk segera membuat keputusan ke arah mana perubahan perlu dilakukan. Keterikatan dengan silam yang menghambat perubahan akan hanya mempersiakan peluang. Putuskan saja hubungan dengan silam kerana silam sudah tidak dapat mendatangkan apa-apa keuntungan.

HIDUP BARU ALA SAYA

Bagi aku, setiap hari mencelikkan mata adalah hidup baru bagiku. Pernah suatu hari aku tidak dapat tidur. Ntah mengapa sebabnya. Apa yang berlaku aku gelisah dan risau kerana tak mampu lelapkan mata. Hari berikutnya aku tidur tak bangun-bangun. Sedar-sedar seharian (satu hari) aku tidur. Kata teman-teman sudah banyak kali mereka cuba mengejutkan tapi tak juga terjaga. Dua peristiwa ini memberi semacam kesan bahawa tidur dan bangunnya kita adalah sesuai ketentuan dan kehendak Allah. Maka, bagiku malam aku menutupkan mata adalah suatu akhir dan pagi aku membuka mata suatu permulaan baru pula. Menutupkan mata dengan zikir dan permohonampunan dosa kerana risau andai tidur itu selama-lamanya. Bangkit di pagi hari dengan puji syukur anugerah pengembalian roh pada badan. Pembaharuan hidup yang berterusan. Dengan demikian, sikap kita menghargai satu hari yang akan kita alami akan lebih sungguh-sungguh dan prihatin. Bukan ala kadar seperti yakin hari-hari yang kita miliki “konfirm” jatahnya sebanyak mana.

JANGAN TAKUT BERUBAH

Tak perlu takut untuk berubah ke arah positif. Apalagi ke arah yang jelas-jelas Allah redhoi. Kerana derita yang kita alami dalam mengharungi titi perubahan itu akan mendapatkan ganjaran dan balasan yang amat sangat berbaloi. Tak perlu risau melepaskan hari-hari yang penuh parutan seksa. Tak perlu ragu melangkah ke lorong terang penuh cahaya.

Mantapkan dengan pengetahuan dan maklumat. Usaha dengan gigih mencari pencerahan. Kerana yang benar itu jelas dan gagah. Maka menuju ke arahnya tak perlu takut.

SUMBER KEKUATAN

Akhir sekali, dalam memulakan hidup baru, kita memerlukan sebuah kekuatan. Kekuatan untuk berubah. Kekuatan untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang bakal lahir dari perubahan yang kita tempuh. Kekuatan manusiawi kita terbatas. Entah itu kekuatan emosi, fizikal, hati dan sebagainya. Hakikatnya manusia serba terbatas. Mohonlah kekuatan dari Zat yang Maha Kuat Maha Perkasa. Mohon dariNya kekuatan untuk melangkah. Mohon darinya kekuatan untuk berfikir. Mohon dariNya kekuatan untuk bertindak. Mohon dariNya kekuatan untuk konsisten. Mohon dariNya kekuatan untuk terus menerus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Antara manusia dan Allah tiada perantara. Mohonlah, sebutlah, ucaplah, rayulah, dia Zat yang sebenarnya akan menggerakkan hati kita. Dia Zat yang hakikatnya bakal mengubah diri kita. Dengan KuasaNya kita akan kuat menghadapi segalanya.

Perjalanan Hidup kita...











Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahasia kehidupan.

Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.

Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu. Tidak ada seorangpun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeda dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.

Apa rahsia terbesar dalam hidup ini? Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Isnin, 8 Februari 2010

BERTEMU BERPISAH KERANA ALLAH





















Pertemuan antara kita tidak pernah dirancang,tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil
Yang mengetahui suara hati antara kita,yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,namun, Tiada walau secalit kekecewaan...
Apatah lagi kekesalan di hati ini,malah, Aku amat menghargai pertemuan ini..
Kerana dengannya terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,sering kali mengundang air mata..
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,bagaikan disentap pergi serta-merta..
Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku.. Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,kirimlah sepotong doa tika itu..
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini, jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

KU SERAHKN SEPENUHNYA PADA ILLAHI..

















Ya Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini, Engkau maha tahu atas apa yang menimpa diriku.. aku tak ingin kehilangan cintaMu, namun Engkau juga tahu.. hatiku tidak mampu mengusir pesona keindahan seorang makhluk yang Kau ciptakan, saat ini, hamba sangat lemah berhadapan dengan tarikan dunia.

Ya Ilahi, Ya Ilahi, berikan padaku cawan kesejukan, untukku meletakkan embun-embun cinta.. yang menitis dalam dinding hatiku ini, Ilahi..tuntunilah langkahku, pada garis takdir yang paling Engkau redhai.. aku serahkan hidup matiku untukMu..

Buat Sahabatku..

















Terima kasih sahabat (kau tahu ini untukmu!)

kelmarin aku rebah di ribaan mu bersama-sama hati yang gulana terluka dan sisa-sisa kekuatan yang ada terima kasih sahabat kerana memberi penghormataan itu untuk aku menumpang kegagahanmu mencuri semangat di ribaanmu

semalam aku terjatuh lagi di sisimu dengan duka lara jiwa yang semakin resah dengan doa dan harapan yang kian sirna terima kasih sahabat kerana menarik pulang akal warasku saat aku mula merungut rintih, mencongak kira betapa tidak adilnya takdirku dan dunia

hari ini aku masih belum pulih dan aku masih mencari sisimu sahabat menadah kasih, mengadu sendu menitip pilu terima kasih sahabat kerana beban yang kutimbun buat mu ini masih kau tadah kumpul dalam hatimu gigih ihsanmu mencuba buat aku tersenyum

terima kasih sahabat... buat perhatian dan ambil beratmu berhari-hari ini buat setiap saat waktu yang terbazir untuk mendengar keluh kesahku buat setiap tutur kata dan pujukan untuk buat hati kerasku menerima takdir ilahi

terima kasih aku buat tuhan kerana meminjamkan aku beberapa sabahat seperti kamu doaku tuhan janganlah Kau bebani sahabatku ini dengan musibah yang Kau uji untukku sesungguhnya aku tak yakin kemampuanku untuk menjadi sahabat seteguh dia kala dia ditempatku dan Kau pelihara dan lindungilah sahabatku ini tuhan dengan kasih sayang dan rezekimu aminnn... buatmu sahabatku...aku sayang kamu!

Ku Pelajari Erti Redha dan Sabar..


Rasanya macam sukar nak menulis kembali. Mungkin banyak peristiwa duka yang berlaku sepanjang akhir tahun lepas hinggalah sekarang ini adalah hari-hari yang terlalu sukar untuk saya. Hari-hari yang penuh dengan ujian dan dugaan.Bayangkan sepanjang hari – hari yang saya lalui terlalui sedih untuk dikenang. Ibaratnya dugaan saya selama ini adalah saya sedang membina sebuah istana pasir yang cukup cantik di tepi pantai. Saya jaga istana pasir itu, saya bina ia mengikut kehendak alam, dengan penuh berhati-hati agar tidak merosakkan mana-mana bahagian yang telah lengkap. Saya mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari membina istana itu tanpa tidak pernah menyangka ia akan musnah akhirnya kerana ia dibina di tepi pantai. Fenomena itu sememangnya saya tahu. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ombak hidup mengikut aturan sang Pencipta. Akhirnya istana pasir yang saya bina musnah jua dipukul ombak besar. Saya ingin menangis kerana istana pasir itu telah musnah kerana penat lelah saya membina dan menjaganya selama ini. Masakan usaha berhari-hari saya musnah dalam masa tidak lebih seminit. Sekelip mata. Begitulah ibarat peristiwa yang saya lalui.


Ujian itulah kehidupan










memang pada mulanya saya tidak mampu untuk berdepan dengan masalah tersebut. saya rasa kecewa, putus asa, marah dan hilang arah... namun, Alhamdulillah... saya tidak lama berada dalam keadaan sebegitu. Ianya bermula apabila saya mendengar ceramah membincangkn topic "sabar" hati saya menjadi tenang dan lega...
Tiba2 hatiku menangis... kenapa?? Kerana saya malu, saya marah pada diri saya... malu kerana saya tidak berfikiran positif sewaktu menerima ujian dari-Nya. marah kerana tidak sanggup menempuh ujian yg Allah berikan pada saya. Sedangkan saya tahu bahawa Allah menguji
hambanya yg disayangi, dan Allah menguji hambanya mengikut kemampuan diri seseorg itu. Sepatutnya saya menerima ujian-Nya dengan Redho kerana dengan itu saya mengetahui bahawa Allah masih ingat kepada saya dan kerana ingatan-Nya kepada saya, maka dia memberikan ujian kepada saya untuk saya menjadi lebih matang dan kuat bagi menempuh onak liku kehidupan yg akan datang. Sememangnya benar bahawa bukan mudah untuk kita merasai Redho itu jika kita sendiri tidak mampu untuk melakukannya. Cakap memang senang... org selalu nasihatkan " Redholah dengan ujian yg diterima".... Tapi bolehkah kita Redho?? Hanya kita yg tahu... sejauh mana kita menerima ujian dan cabaran tersebut.

Alahamdulillah juga... dengan ujian yg deberikan kali ini.. saya benar2 mengenali erti REDHO... dan saya juga telah mendapat ketenangan yg belum pernah saya rasai sebelum ini. Berzikirlah... itu yg akan membuatkan hati sentiasa berbunga riang... Syukur saya panjatkan kepada Allah kerana telah memberikan saya ujian yg dapat mematangkan saya dan dapat mendekatkan diri saya kepada-Nya. Sesungguhnya dia yg maha mengetahui tentang sesuatu perkara...

Cabaran dan dugaan mematangkan seseorg... hadapilah ia dengan tenang dan berfikiran positif. Ingatlah bahawa Allah sayangkan kita. Kerana itulah dia menguji kita...

semoga segala ujian dan dugaan yang ditempuhi sedikit sebanyak dapat menggugurkan dosa-dosa kita yang lalu.....jika pengharapan kita diletakkan hanya pada Allah dan bukan pada manusia atau benda lain,insyaAllah apabila ujian itu terjadi,kita masih lagi mampu tersenyum kerana kita masih punya Allah sebagai tempat kebergantungan...dan jika kita mengatakan yang kita meletakkan Allah di tempat yang tertinggi,janganlah sekadar di bibir sahaja,lakukanlah ia dengan perbuatan.kerana jika hanya pada bibir sahaja,apabila ujian itu sekali lagi ditimpakan kepada kita,kita akan melatah sama saperti dulu juga..... segala yang baik itu dari Allah,segala yang buruk itu datang dari kelemahan saya sebagai hamba biasa.
sekadar mahu berkongsi..

Mimpi itu mengingatkan ku padaNYA...
















Kenapa dua hari ini dia selalu datang dalam mimpiku…Dan setiap kali aku ingat dia,air mataku selalu menitis…Aku teringat saat-saat indah dulu,juga saat-saat menyakitkan itu…Aku tak pernah ingin membencinya, aku hanya ingin membuang jauh bayangannya dari otakku juga hatiku agar luka itu tak semakin parah tapi kenapa tiba-tiba dia datang dalam mimpiku dengan senyuman itu….Dan lagi-lagi aku menangis saat mengingati dia,hingga muncul banyak kata2 seandainya dalam fikiranku..Kata2 seandainya yang takkan pernah terjadi…

seandainya dia ada dihadapanku
tentu kan kueratkan dia di dalam pelukanku

seandainya dia ada disampingku
tentu kan kulimpahkan segala onak hatiku

seandainya dia ada dihatiku
tentu kan kukatakan cinta padamu

seandainya dia ada dalam hidupku
tentu kan kuserahkan segala citaku

seandainya dia ada…
seandainya dia…
seandainya …

hurm...'kalaulah' seandainya itu adalah kenyataan...
namun seandainya itu tak pernah terjadi..

Sabtu, 6 Februari 2010

Tujuan Dugaan Allah swt Kepada HambaNYA..


















Ya Allah,kenapa berat sekali dugaan yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah..
Apa dosaku sehingga aku diuji sehebat ini..
Aku tidak tahan Ya Allah..aku tidak sanggup lagi Ya Allah..

Mungkin sahabat sahabiah sekalian pernah terdetik sebegini dalam hati tatkala diri dilanda badai ujian..berbagai ujian yang Allah swt uji ke atas umatNya seperti harta, kehilangan nyawa dan sebagainya..Namun..pernahkah kalian semua berfikir,apa hikmah di sebalik semua ujian2 ini?..

  • Untuk membersihkan dan memilih, yang mana orang mukmin yang sejati dan yang mana orang2 munafik
  • Untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa
  • Untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambaNya
  • Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia, sehingga menjadi umat yang berbudi tinggi
  • Sebagai latihan..supaya manusia terbiasa menerima berbagai ujian, dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendirian..

firman Allah swt dlm surah Albaqarah ayat 286
"Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
daripada ayat di atas..ketahuilah bahawa Allah swt itu tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita..betapa sayangnya Allah swt kepada hambaNya..
tetapi kita asyik mengeluh, merungut dan berputus asa..sedangkan Nabi Muhammad saw diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kita..namun Baginda tetap bersabar..

Di mana pertolongan Allah swt? ketahuilah bahawa pertolongan Allah swt itu dekat selagi kamu berpegang pada Agama dan Bersabar dengan segala ujian..(Albaqarah:214)

"Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"


Di sebalik dugaan ALLAH...ada hikmah terselindung..


KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU x DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286)


RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? ?
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan) ,
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah
(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikansyurga utk
mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " -
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"

Selasa, 2 Februari 2010

Kenangan, Hidup, Cinta Dan Kehendak




















Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah,
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Hidup tak selalunya indah
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir...
Jangan disalahkan cinta yang hadir kerana ia anugerah..
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir...
cinta sesama makhluk cinta sementara..
cinta pada allah cinta hakiki..
Masa depan yang cerah
berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. ..
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati
yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
wajib kita menerima iradah allah
melebihi dari kehendak manausia
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira




PERHATIAN!!!

Untuk melihat blog ini dengan lebih baik, sila buka melalui Mozilla Firefox..