Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat adalah umpama kapal tanpa nakhoda hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelobang kehidupan. Matlamat adalah arah tujuan untuk mencapai sesuatu. Sekiranya kita telah mengenal pasti arah tujuan kita, sesungguhnya kita telah separuh jalan ke sana. Ia adalah untuk dimiliki sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia. Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan hidup ataupun cita-cita, maka peluang kita ke arah kegagalan dan kedaifan terbuka luas.Kunci utama kejayaan diri, kehidupan dan keluarga bermula dengan wujudnya tujuan hidup ataupun matlamat yang jelas. Hanya dengan mempunyai matlamat yang spesifik dan realistik, barulah dapat memotivasi dan mendorong seseorang itu merasai akan pentingnya mencapai matlamat.
Di dalam menetapkan matlamat, kita mesti membuat perancangan yang jelas dan tepat. Tanpa perancangan ia tidak ubah seperti angan-angan kosong. Justeru itu, matlamat saya untuk menulis di dalam blog ini adalah untuk berkongsi dan mengingati kepada diri saya dan buat anda semua..
Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan blog ini sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
Mutiara Kata
Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. - Al Fudhail bin Iyaadh
cebisan kenangan
"SeTiaP yG kTe iMpiKn X SeLaLunYe iNDaH,KsUnYiaN mGaJaR kTe HiDp bDiKaRi..TgiSn aDaLaH KaSih sYg, nAmUn 1 yG kTe aKn iNgT sMuE HiDp aDaLh KeNaNgN.."
"Kasihkn manusia lepaskn dia kpd pilihannya dan keputusannya... kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yg kita sayangi beroleh bahagia.."
si hitam duka,sudi dipandang siapa; mungkin disudi siapa? layakkah sang hitam, dalam diri serba kurang? dan hujan terus berlagu; hujan kedua.
dalam hujan, gagak hitam sendiri. doa sayu pada TUHAN: jadi aku angsa putih, anugerahkan merpati syurga. dalam redaMu kucari kasih, tenang kukecap bahagia.
hujan kedua, diiring senja terakhir; sayu senyuman diukir, gagak reda atas takdir.
Lagu ini berkisar kepada manusia yang mudah berubah. Berpagi menjadi seorang mukmin dan bila sampainya petang menjadi kufur. Terkadang ingin membuat bakti dan pada waktu yang lain mengamalkan dosa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan