Khamis, 28 Januari 2010

Bekalan ke Akhirat





















Ketika aku termanggu seorang diri,
Sudut fikiranku jauh melayang,
Memikirkan saat-saat kematianku nanti
Bagaimana?
Sudahkah aku bersedia?
Akan bagaimana aku mempersiapkan bekalanku
Ke sana?
Aku asyik bertanya bagaimana?
Aku sedar aku insan yang serba kekurangan
Untuk mencari sirna keimanan..
Ke mana petunjukMu
Wahai tuhanku?
Jiwaku terasa terseksa kerana ketandusan kasihMu
Masih mencari keikhlasan untuk mengabdikan diri
Ini kepada tuhan yang satu ALLAH S.W.T
Jiwaku ini kotor
Untuk menghadapi saat-saat itu..
Sedarku memang sedar tetapi
Bimbingan kepadaku tiada..
Aku masih menanti jawapan bagi aku merubah dosaku ini kepada pahala
Mengapa aku diuji?
Aku masih menanti persoalan ini..
YaAllah,
Kau ampunkanlah dosaku ini..
Sehingga benar-benar diriku dijemputMu nanti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan




PERHATIAN!!!

Untuk melihat blog ini dengan lebih baik, sila buka melalui Mozilla Firefox..